Sakit lutut merupakan masalah yang sering dihadapi oleh golongan dewasa, terutama yang sudah berusia. Ia juga mengganggu aktiviti seharian, termasuk sukar untuk solat.
 
Bayangkan, ibu atau ayah yang menanggung sakit lutut, sampai tak boleh nak bersolat dengan sempurna. Sekarang mereka terpaksa bersolat di kerusi.
 
Sebagai anak, pasti kita rasa sedih melihatnya. Rasa hiba bila mereka, ibu bapa kita, selalu mengadu kepada kita yang mereka menanggung sakit ketika hendak bergerak.
 
Untuk mengubati, mari ketahui lebih lanjut mengenai sakit ini.
 
Beberapa istilah perubatan
 
Anterior cruciate ligament (ACL) – tisu yang menyambungkan tulang peha dan betis.
 
Tendon – tisu yang menyambungkan otot kepada tulang.
 
Bursae – merupakan tisu yang mengelilingi sendi dan menjadikan ruang sendi tertutup.
Berdasarkan istilah tersebut, ternyata kesakitan pada lutut boleh berlaku di mana-mana struktur tulang yang menjejaskan sendi lutut. Ia juga boleh terjadi pada sebahagian tempat atau di seluruh lutut.
Berikut merupakan punca kepada masalah lutut:
 
1. Kecederaan lutut
Kecederaan pada lutut boleh berlaku semasa melakukan aktiviti sukan atau kemalangan. Ia boleh menyebabkan kerosakan pada ligament, tendon dan bursae di sendi lutut.
Antara kecederaan yang sering berlaku pada lutut:
– Kecederaan anterior cruciate ligament (ACL)
– Tulang lutut patah atau retak
– Keradangan tendon
 
2. Masalah mekanikal
– Tempurung lutut terkeluar dari tempatnya.
– Tekanan tinggi pada lutut yang disebabkan oleh sakit di bahagian lain, seperti sakit di tulang pinggul dan tapak kaki.
 
3. Keradangan sendi (arthritis)
Radang sendi atau arthritis juga boleh menyebabkan kesakitan lutut. Masalah ini sering berlaku di kalangan mereka yang berusia.
Jenis-Jenis Kesakitan Pada Lutut
 
Sakit pada lutut boleh dikategorikan sebagai sakit sendi. Terdapat beberapa jenis kesakitan pada lutut, iaitu:
– Kecederaan ligament
– Tendon koyak
– Dislokasi lutut
– Dislokasi patella
Simptom Sakit Lutut
 
Simptom dan tanda yang boleh dikesan pada lutut yang sakit adalah seperti berikut:
– Bengkak dan lebam
– Lutut terasa lemah dan kurang stabil
– Lutut berbunyi ketika berjalan atau ketika dibengkokkan
– Sukar untuk meluruskan kaki sepenuhnya
– Sukar untuk membengkokkan lutut
– Sukar untuk menaiki atau turun tangga

#agceratestimonisakitlutut